Tuesday 22 March 2011

Wajah Suci

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Tuesday 15 March 2011

beginikah caranya....

bagaimanakah cara yang telah disyariatkan Islam ketika menyambut bayi? perkara ini perlu kite ketahuinya sebagai seorang Islam :....
  • Disunatkan mengucapkan tahniah-digalakkan supaya segera mengucapkan tahniah kepada saudara atau sahabat handai yang baru menerima cahaya mata
  • Disunatkan azan dan iqamah- Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: "sesiapa yang memperolehi cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan ditelinga kanan dan diiqamahkan ditelinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan"
  • Melakukan tahnik atau membelah mulut- tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-lahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi
  • Mencukur rambut- mencukur ini sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiran
  • Berkhatan
  • Menamakan anak

Insan yang tidak ternilai....


comelnyeee baby...bersih dan suci, hilang rase kerisauan, kesusahan hati dan segala tekanan apabila melihat wajah yang suci ini...serta merta hati terase begitu tenang...si kecil ini dikurniakan Allah untuk hambanya  mempunyai zuriat yang akan menjadi pewaris dalam sesebuah keluarga..bagi mereka yang menginginkannya itulah saat yang paling bahagia dan indah dalam hidup...ia juga merupakan kebanggaan kerana dapat meneruskan generasi mereka dengan kelahiran bayi tersebut....tapi begitukah perasaan mereka yang melahirkan bayi tersebut dengan cara yang diharamkan, tanpa ikatan yang sah...kasihannya si kecil yang tidak berdosa ini,menjadi mangsa diatas kejahilan manusia... begitu kerasnya hati si ibu yang sanggup membuang bayi sehingga langsung tiada naluri keibuaan, tanpa mengira keselamatan bayi tersebut dengan meninggalkannya sendirian di kawasan semak, masjid, tepi jalan...ada yang lagi kejam bagi menghapuskan dosa mereka lakukan..satu keputusan yang terbaik difikiran adalah dengan cara membunuh bayi tersebut untuk melindungi kesilapan mereka...Nauzubillah, jagalah adik-adik kite serta sanak-saudara dari terjebak ke kancah hina ini..selamatkanlah mereka yang kite sayangi dengan didikan agama dan perhatian yang lebih sebelum terlambat....

Thursday 10 March 2011

salah siapa...

manusia sekarang makin lama makin jauh dari Tuhan...makin kita lari makin kita sesat..begitu jugalah yang berlaku kepada generasi sekarang, punca utama berlakunya pembuangan bayi dalam kalangan remaja disebabkan kurangnya didikan agama. Apabila kita tidak mendalami agama maka hilanglah panduan dan pedoman hidup seseorang...akibat dari itu,remaja ini akan terlibat dalam pergaulan bebas yang tiada batasan sehingga remaja perempuan didapati hamil, dari situlah timbulnya kes pembuangan bayi tersebut di merata-rata tempat...Begitu pentingnya didikan agama,tanpanya kita hilang haluan hidup..Pengaruh rakan sebaya jugak menjadi salah satu punca..apabila kita salah memilih kawan maka sesatlah kita....
Firman Allah dalam Surah al-Israa' ayat 32 bermaksud:
"Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"

Friday 4 March 2011

bile manusia lupa diri......

sedihhhnyee...kenapa manusia semakin kejam, tiada perikemanusiaan...makin moden makin banyak timbul masalah..terutama sosial, Malaysia sekarang terkenal di mata dunia dan salah satu negara Islam tapi orangnye tidak berapa Islam..huhuhu,malu sungguh kita orang melayu yang terkenal dengan segala adat dan pantang larang serta sopan santun boleh wujud pembuangan bayi...subhanAllah.... Perlukah diorang buang si kecil yang tidak bersalah kerana kesilapan mereka...di dalam tong sampah,tinggal dekat tepi longkang, masuk dalam beg plastik dan yang paling baik la sikit si ibu ni buang dekat kawasan masjid..pembuangan bayi ini semakin berleluasa dalam kalangan remaja Melayu kita...ia sudah menjadi satu penyakit yang tidak ketemui penawarnye, bagaimana kita dapat membantu mereka yang sesat ini pulang kepangkal jalan....kembali ke pangkal jalan atau membimbing mereka yang tidak pernah mengenal apa itu Islam...dilahir dari keluarga Islam, bila ditanya awak Islam ke????mulalah naik angin satu badan...banyak sebab kenapa generasi muda sekarang terjebak dalam gejala begitu...jadi siapa yang perlu kita persalahkan dalam hal yang demikian??? seperti yang  kita sering dengar dalam berita sekarang apabila ada kes pembuangan bayi?  bila penyiasatan dilakukan bayi tersebut milik orang Melayu kita..ya Allah...inikah tanda-tanda akhir zaman bila manusia lupa pada Pencipta...berani melakukan apa sahaja tanpa rasa gentar bahawa Allah dan Malaikat menyaksikan segala perbuatan kita..mungkin ada perasaan takut tapi takut bukan kepada Allah tapi takut apabila dicekup oleh pencengah maksiat.....