Friday 23 September 2011

AkHiRnYa AkU KeMbALi

setelah sekian lama aku menyepi,kini aku kembali untuk meneruskan perjuanganku yang blum selesai,huhuh....sepanjang cuti hampir 4 bulan banyak perkara yang aku lalui tp Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik..SYUKUR YA ALLAH kerna kau permudahkan segalanya..Harapan sekembalinya aku disini akan dpermudahkan segalanya..semoga ia berjalan lancar perjuanganku ini..Amin

Friday 8 April 2011

Tip MeNjaga Permata Hati...


Beberapa tip penjagaan permata hati yang baru lahir buat ibu-ibu;-

pertama= cuci pakaian bayi sama ada yang baru beli atau yang lama agar dapat mengelak  bayi dari jangkitan kuman kerana kulit bayi yang masih lembut dan halus ini akan sensitif.
kedua= mandikan bayi dengan air suam agar bayi tidak kesejukan, kemudian lapkan seluruh tubuh bayi dengan sebaiknya.
ketiga= sapukan minyak yu yi cap limau diseluruh perut serta tapak kaki bayi bagi mengelakkan bayi mengalami kembung perut.
keempat= para ibu perlu memastikan lampin yang dipakai buang sentiasa ditukar apabila sudah basah,jangan biarkan terlalu lama kerana ia akan memberi kesan sensitif buat bayi.
kelima= pakaikan bayi pakaian dengan segera
keenam= bagi penjagaan botol pula pastikan botol bayi direndam dalam air panas  bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

MeNdiDik AnaK caRa Islam


ILMu mendidik anak adalah merupakan satu ilmu kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap ibu bapa. Didikan yang baik boleh membentuk anak yang soleh dan cemerlang dalam hidup..ilmu mendiddik anak umpama mempelajari ilmu agama, Rasullullah S.A.W menggariskan empat tahap untuk mendidik anak cara Islam:-
tahap pertama= Anak yang baru lahir hingga mumayyiz (berumur enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang..
tahap kedua= Anak berumur tujuh tahun hingga baligh hendaklah kita mendidik mereka dengan disiplin, arahan, dan beri mereka tanggungjawab
tahap ketiga= Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat, dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat, kerana mereka akan rasa selesa untuk berkongsi segala masalah atau pendapat dengan ibu bapa mereka.
tahap keempat= Anak berumur 21 tahun ke atas, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan yang dilakukan oleh anak-anak masih terkawal..

Friday 1 April 2011

PeNgeraT KaSiH


si kecil ini pengerat kasih antara adam dan hawa...dengan lafaz akad maka terjalinlah satu ikatan yang sah antara mereka...kelahirannya membawa sinar buat ibu dan ayahnya, si comel dijaga bagai menatang minyak yang penuh, apa sahaja yang diingini pasti akan ditunaikan oleh kedua ibubapanya..sungguh bertuah si kecil ini, dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mereka..dikelilingi orang yang disayangi, diberi didikan yang secukupnya serta dibelai dengan manja..begitu gembiranya si kecil ini membesar tanpa rasa terasing...kehadirannya disambut dengan baik sekali...Namun disebalik kegembiraan ini ada juga insan yang lahir tanpa kerelaan hati ibubapanya tetapi kerana keterlanjuran yang berlaku tanpa disedari.. lahirnya si kecil tanpa ikatan yang sah..bagaimanalah nasib si kecil ini, kelahirannya merupakan suatu beban buat si ibu dan ayah, ingin dijaga risau mendapat malu,  memberitahu keluarga keadaan yang sebenar bimbang tidak diterima, diri si ibu dan si anak oleh keluarga dan masyarakat..dalam keadaan buntu..akhirnya membuang si anak sendirian..jika panjangnya umur si kecil ini untuk melihat dunia, dirinya dijumpai oleh seseorang yang berhati mulia..maka dibawa ke suatu tempat yang selamat..dibesarkan dalam kedaan yang tidak mengetahui siapa dirinya yng sebenar..begitu berat beban si kecil ini membesar..tidak terhingga gelaran yang dibawa oleh si anak ini sungguh sedih dan pilu hatinya..siapa yang mengerti hati si anak..terase hina hidup didunia ini pabila dilahir bukan dari hubungan yang dihalalkan Islam..bertaubatlah wahai manusia..




Tuesday 22 March 2011

Wajah Suci

Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
Bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Tuesday 15 March 2011

beginikah caranya....

bagaimanakah cara yang telah disyariatkan Islam ketika menyambut bayi? perkara ini perlu kite ketahuinya sebagai seorang Islam :....
  • Disunatkan mengucapkan tahniah-digalakkan supaya segera mengucapkan tahniah kepada saudara atau sahabat handai yang baru menerima cahaya mata
  • Disunatkan azan dan iqamah- Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: "sesiapa yang memperolehi cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan ditelinga kanan dan diiqamahkan ditelinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan"
  • Melakukan tahnik atau membelah mulut- tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-lahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi
  • Mencukur rambut- mencukur ini sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiran
  • Berkhatan
  • Menamakan anak

Insan yang tidak ternilai....


comelnyeee baby...bersih dan suci, hilang rase kerisauan, kesusahan hati dan segala tekanan apabila melihat wajah yang suci ini...serta merta hati terase begitu tenang...si kecil ini dikurniakan Allah untuk hambanya  mempunyai zuriat yang akan menjadi pewaris dalam sesebuah keluarga..bagi mereka yang menginginkannya itulah saat yang paling bahagia dan indah dalam hidup...ia juga merupakan kebanggaan kerana dapat meneruskan generasi mereka dengan kelahiran bayi tersebut....tapi begitukah perasaan mereka yang melahirkan bayi tersebut dengan cara yang diharamkan, tanpa ikatan yang sah...kasihannya si kecil yang tidak berdosa ini,menjadi mangsa diatas kejahilan manusia... begitu kerasnya hati si ibu yang sanggup membuang bayi sehingga langsung tiada naluri keibuaan, tanpa mengira keselamatan bayi tersebut dengan meninggalkannya sendirian di kawasan semak, masjid, tepi jalan...ada yang lagi kejam bagi menghapuskan dosa mereka lakukan..satu keputusan yang terbaik difikiran adalah dengan cara membunuh bayi tersebut untuk melindungi kesilapan mereka...Nauzubillah, jagalah adik-adik kite serta sanak-saudara dari terjebak ke kancah hina ini..selamatkanlah mereka yang kite sayangi dengan didikan agama dan perhatian yang lebih sebelum terlambat....