Friday 8 April 2011

Tip MeNjaga Permata Hati...


Beberapa tip penjagaan permata hati yang baru lahir buat ibu-ibu;-

pertama= cuci pakaian bayi sama ada yang baru beli atau yang lama agar dapat mengelak  bayi dari jangkitan kuman kerana kulit bayi yang masih lembut dan halus ini akan sensitif.
kedua= mandikan bayi dengan air suam agar bayi tidak kesejukan, kemudian lapkan seluruh tubuh bayi dengan sebaiknya.
ketiga= sapukan minyak yu yi cap limau diseluruh perut serta tapak kaki bayi bagi mengelakkan bayi mengalami kembung perut.
keempat= para ibu perlu memastikan lampin yang dipakai buang sentiasa ditukar apabila sudah basah,jangan biarkan terlalu lama kerana ia akan memberi kesan sensitif buat bayi.
kelima= pakaikan bayi pakaian dengan segera
keenam= bagi penjagaan botol pula pastikan botol bayi direndam dalam air panas  bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

MeNdiDik AnaK caRa Islam


ILMu mendidik anak adalah merupakan satu ilmu kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap ibu bapa. Didikan yang baik boleh membentuk anak yang soleh dan cemerlang dalam hidup..ilmu mendiddik anak umpama mempelajari ilmu agama, Rasullullah S.A.W menggariskan empat tahap untuk mendidik anak cara Islam:-
tahap pertama= Anak yang baru lahir hingga mumayyiz (berumur enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang..
tahap kedua= Anak berumur tujuh tahun hingga baligh hendaklah kita mendidik mereka dengan disiplin, arahan, dan beri mereka tanggungjawab
tahap ketiga= Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat, dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat, kerana mereka akan rasa selesa untuk berkongsi segala masalah atau pendapat dengan ibu bapa mereka.
tahap keempat= Anak berumur 21 tahun ke atas, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan yang dilakukan oleh anak-anak masih terkawal..

Friday 1 April 2011

PeNgeraT KaSiH


si kecil ini pengerat kasih antara adam dan hawa...dengan lafaz akad maka terjalinlah satu ikatan yang sah antara mereka...kelahirannya membawa sinar buat ibu dan ayahnya, si comel dijaga bagai menatang minyak yang penuh, apa sahaja yang diingini pasti akan ditunaikan oleh kedua ibubapanya..sungguh bertuah si kecil ini, dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mereka..dikelilingi orang yang disayangi, diberi didikan yang secukupnya serta dibelai dengan manja..begitu gembiranya si kecil ini membesar tanpa rasa terasing...kehadirannya disambut dengan baik sekali...Namun disebalik kegembiraan ini ada juga insan yang lahir tanpa kerelaan hati ibubapanya tetapi kerana keterlanjuran yang berlaku tanpa disedari.. lahirnya si kecil tanpa ikatan yang sah..bagaimanalah nasib si kecil ini, kelahirannya merupakan suatu beban buat si ibu dan ayah, ingin dijaga risau mendapat malu,  memberitahu keluarga keadaan yang sebenar bimbang tidak diterima, diri si ibu dan si anak oleh keluarga dan masyarakat..dalam keadaan buntu..akhirnya membuang si anak sendirian..jika panjangnya umur si kecil ini untuk melihat dunia, dirinya dijumpai oleh seseorang yang berhati mulia..maka dibawa ke suatu tempat yang selamat..dibesarkan dalam kedaan yang tidak mengetahui siapa dirinya yng sebenar..begitu berat beban si kecil ini membesar..tidak terhingga gelaran yang dibawa oleh si anak ini sungguh sedih dan pilu hatinya..siapa yang mengerti hati si anak..terase hina hidup didunia ini pabila dilahir bukan dari hubungan yang dihalalkan Islam..bertaubatlah wahai manusia..