Friday 1 April 2011

PeNgeraT KaSiH


si kecil ini pengerat kasih antara adam dan hawa...dengan lafaz akad maka terjalinlah satu ikatan yang sah antara mereka...kelahirannya membawa sinar buat ibu dan ayahnya, si comel dijaga bagai menatang minyak yang penuh, apa sahaja yang diingini pasti akan ditunaikan oleh kedua ibubapanya..sungguh bertuah si kecil ini, dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mereka..dikelilingi orang yang disayangi, diberi didikan yang secukupnya serta dibelai dengan manja..begitu gembiranya si kecil ini membesar tanpa rasa terasing...kehadirannya disambut dengan baik sekali...Namun disebalik kegembiraan ini ada juga insan yang lahir tanpa kerelaan hati ibubapanya tetapi kerana keterlanjuran yang berlaku tanpa disedari.. lahirnya si kecil tanpa ikatan yang sah..bagaimanalah nasib si kecil ini, kelahirannya merupakan suatu beban buat si ibu dan ayah, ingin dijaga risau mendapat malu,  memberitahu keluarga keadaan yang sebenar bimbang tidak diterima, diri si ibu dan si anak oleh keluarga dan masyarakat..dalam keadaan buntu..akhirnya membuang si anak sendirian..jika panjangnya umur si kecil ini untuk melihat dunia, dirinya dijumpai oleh seseorang yang berhati mulia..maka dibawa ke suatu tempat yang selamat..dibesarkan dalam kedaan yang tidak mengetahui siapa dirinya yng sebenar..begitu berat beban si kecil ini membesar..tidak terhingga gelaran yang dibawa oleh si anak ini sungguh sedih dan pilu hatinya..siapa yang mengerti hati si anak..terase hina hidup didunia ini pabila dilahir bukan dari hubungan yang dihalalkan Islam..bertaubatlah wahai manusia..




No comments:

Post a Comment